Apakah yg paling sensitif pada anak Adam ?
Mungkinkah kulitnya yg akan terluka jika dikasari ? atau mungkinkah deria penglihatannya yg cuma dilindungi oleh elopak mata yg nipis ? Ketahuilah, ia adalah hati. Hati yg juga dikenali sebagai raja di dlm kerajaan diri, tunjang utama dlm kehidupan . Menjadi rebutan diantara para malaikat dan syaitan, antara krbaikan dan kekufuran. Rasulullah SAW telah bersabda yg bermaksud :
''Di dlm tubuh anak Adam itu ada seketul daging, apabila daging itu baik maka baiklah seluruh anggota badan dan jika jahat, maka jahatlah seluruh badan. Ketahuilah itulah hati" Hadis riwayat Bukhari .
Hati dlm bahasa Arab dipanggil qulbu. Hati mudah berlaku taqallub iaitu berbolak balik. Hati mudah berubah dari satu keadaan kepada keadaan lain. Dalam hati itu ada perasaan gembira, sedih, sayang, benci, marah, memaaf, bahkan keimanan dan kekufuran atau kemunafikan yg silih berganti.
'' Dengan fitnah sama ada besar mahupun kecil, menjadikan hati terumbang ambing"
RASULULLAH SAW telah bersabda yg bermaksud :
''Fitrah2 dihadapkan kpd hati itu bagaikan tikar, helai demi helai. Ketika hati menerima dan menyerap fitnah, terdapat satu titik dihati . Jika hati menolak, terdapatlah satu titik putih. Keadaan boleh menjadikannya terbahagi kpd dua. Hati putih ibarat satu mulia d mana tiada satu fitnah pun mampu merosakkannya selama langit dan bumi masih ada. Hati hitam bagaikan mangkuk itu tidak pernah mengenali yg makruf (baik) dan tidak mengingkari kemungkaran kecuali sesuai dgn kehendak nafsunya." Hadis riwayat Muslim.
Seseorang yg mempunyai hati yg putih, tidak akan mrmbuka hatinya kecuali kpd perkara2 yg baik. Jika fitnah, termasuklah perkara2 yg maksiat, zalim, subahat, dan lain2 yg berdosa, terus ditutup kemas pintu hatinya.
Firman Allah SWT d dlm Al-Quran ada menyebut bahawa mutiara hati itu semuanya ada lapan. Berikut adalah untaian mutiara2 yg disebutkan tadi itu .
*hati yg tenang
*hati yg bersih
*hati yg kembali
*hati yg bergetar
*hati yg dikuatkan
*hati yg tunduk
*hati yg kusyuk
*hati yg lembut
No comments:
Post a Comment