Wednesday, 28 November 2012

terimalah nasihat walaupun dari seorang pelacur

orang yg sukar menerima teguran atau nasihat itu adalah orang yg mempunyai hati yg keras . fakta !

kenapa hati menjadi keras ??

kita biasa melihat manusia pada zaman skrg ramai yg sgt susah hendak terima nasihat org . suka melawan , pantang di tegur , melenting , menafikannyaa , dan menunjukkan rasa besar hati . Hati yg keras ini juga sentiasa mendorong utk membuat maksiat dan kejahatan dan merasa berat utk berzikir dan membaca Al-Quran serta sangat malas utk melaksanakan segala jenis ibadat yg diwajibkan Allah SWT . Bila masuk waktu sembahyang ia akan merasa terbeban dgn ibadat sembahyang itu bkn merasa bertuah berpeluang utk sekali lagi berhadapan dengan Allah SWT dan juga kalau sudah sembahyang, maka badannya seja yg sembahyang , sedangkan hatinya pergi merayau ke sana dan ke mari .

Tetapi kalau melihat satu pertunjukan atau persembahan yg melalaikan seperti konsert , berseronok di tempat2 maksiat dan sebagainya hatinya selalu terpanggil ke sana . Dia sanggup bersusah payah mencari duit membeli tiket, walaupun dgn apa rintangan sekalipun dia tetap akan hadir ke sana dan merasa ringan walaupun ia terpaksa mengorbankan apa jua yg diperlukan asal sahaja maksud d hati dpt tercapai .

Drpd Ibnu Umar Radhialluhu anhuma berkata : Rasulullah SAW bersabda : "Janganlah memperbanyakkan percakapan selain utk berzikir kpd Allah SWT, maka sesungguhnya banyak percakapan selain drpd berzikir kpd Allah SWT itu asalah menyebabkan hati seseorang menjadi keras. Dan sesungguhnya sejauh2 manusia drpd Allah SWT ialah mereka yg berhati keras" (Hadith Riwayat Al-Tarmizi)

Banyak org yg bersusah hati, gelisah dan tdk merasakan ketenangan fikiran dlm kehidupan walaupun ia telah memiliki segala kemudahan yg dihasilkan oleh teknologi moden pada hari ini, barangan yg berharga mahal yg dibeli dgn wang ringgit , bahkan jutaan ringgit yg telah dimilikinya , namun kepuasa hidup masih lagi blm dirasainya . 

Ini semua sebenarnya berpunca drpd hati yg keras , jiwa yg tandus dan mata yg tdk pernah menangis krn takut kpd Allah SWT. Kemudian kekerasan hati ini pula adalah berpunca drpd banyak bercakap perkara2 yg tdk berfaedah seperti mengumpat, menyakiti hati org lain , memaki , menyindir dan hal2 keduniaan serta tidak ada hubungkait dgn mengingati Allah SWT. Oleh itu, bagi org yg beriman hendaklah selalu berzikir menggunakan lidahnya kpd Allah SWT .

Sebab diantara kerasnya hati :
*berlebihan dlm berbicara
*melakukan kemaksiatan atau tdk menunaikan kewajipan
*terlalu banyak ketawa
*terlalu banyak makan
*banyak membuat dosa
*berteman dgn org2 yg tdk tahu mengenai agama

Cara2 utk melembutkan hati agar tdk terjerumus d dlm kemurkaan Allah SWT dan mudah menangis krn Allah SWT ialah :

#mengenal Allah melalui nama2, sifat2 dan perbuatan2-Nya
# membaca Al-Qur'an dan merenungi kandungan maknanya
#banyak berzikir kpd Allah SWT
#memperbanyak ketaatan
#mengingati kematian, menyaksikan org yg sedang d ambang kematian atau melihat jenazah manusia
#menjahui perbuatan2 maksiat
#mengambil makanan yg halal lagi baik
#mengingati hari kiamat, sedikit amalan kita dan merasa takut kpd Allah SWT
#mengambil pelajaran dri kejadian dunia (spt melihat api lalu teringat akan neraka)
#berdoa
#memaksa diri utk menangis d kala sendiri

Tuesday, 20 November 2012

couple adalah haram !!

Ibnu Taimiyyah Wrote :


1. couple adalah istilah di guna pakai kafir bagi menghalalkan hubungan antara lelaki dan wanita yang belum sah dengan akad nikah.

2. sabda nabi ' man tasyabbah biqaumin fahuwa minhum ' iaitu barangsiapa mencontohi satu kaum maka ia adalah kaum tersebut. Maka adakah kita perlu mencotohi tingkah laku jahiliyyah ini ?

3. percintaan adalah boleh dengan mengikut garis panduan yang di benarkan islam [ agak rumit nak di jelaskan ]

di dalam sebuah hadis masyur yang di riwayatkan oleh al-imam al-bukhari

كتب على ابن آدم نصيبه من الزنى . مدرك ذلك لا محالة . فالعينان زناهما النظر . والأذنان زناهما الاستماع . واللسان زناه الكلام . واليد زناها البطش . والرجل زناها الخطا . والقلب يهوى ويتمنى . ويصدق ذلك الفرج ويكذبه

Setiap anak Adam telah mendapatkan bahagian zina yang tidak akan boleh dielakkannya. Zina pada mata adalah melihat. Zina pada telinga adalah mendengar. Zina lidah adalah berucap kata. Zina tangan adalah meraba. Zina kaki adalah melangkah. (Dalam hal ini), hati yang mempunyai keinginan angan-angan, dan kemaluanlah yang membuktikan semua itu atau mengurungkannya” ( Hadis bernombor : 2657)

al-imam an-nawawi menjelaskan ayat ini di dalam syarahnya :


معنى الحديث أن ابن آدم قدر عليه نصيب من الزنا ، فمنهم من يكون زناه حقيقيا بإدخال الفرج في الفرج الحرام ، ومنهم من يكون زناه مجازا بالنظر الحرام أو الاستماع إلى الزنا وما يتعلق بتحصيله ، أو بالمس باليد بأن يمس أجنبية بيده ، أو يقبلها ، أو بالمشي بالرجل إلى الزنا ، أو النظر ، أو اللمس ، أو الحديث الحرام مع أجنبية ، ونحو ذلك ، أو بالفكر بالقلب . فكل هذه أنواع من الزنا المجازي ، والفرج يصدق ذلك كله أو يكذبه . معناه أنه قد يحقق الزنا بالفرج ، وقد لا يحققه بألا يولج الفرج في الفرج ، وإن قارب ذلك . والله أعلم .

Hadis ini bermaksud bahawa setiap anak Adam telah ditakdirkan untuk melakukan zina. Di antara mereka ada yang melakukan zina dengan maksud yang sebenarnya dengan memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan wanita secara haram. Di antara mereka ada yang zinanya secara majaz (kiasan), iaitu dengan melihat perkara-perkara yang haram, atau dengan mendengar sesuatu yang mengajak kepada perzinaan dan apa=apa sahaja yang berkaitan yang membawa kepada zina, atau dengan sentuhan tangan iaitu menyentuh wanita ajnabiyah (yang bukan mahram) dengan tangannya, atau menciumnya. Atau bergerak dengan kaki menuju ke tempat zina, melihat, menyentuh, atau berkata-kata dengan cara yang haram bersama dengan wanita ajnabiyah (yang bukan mahram), atau berangan-angan, atau berfikir tentangnya di dalam hati. Setiap hal tersebut merupakan daripada zina majazi/kiasan. Dan kemaluan yang akan merealisasikan atau mendustakannya, ia bermaksud zina yang sebenarnya dengan kemaluan boleh jadi berlaku, dan boleh jadi tidak berlaku walaupun dia telah menghampirinya. Wallahua'lam. (an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim)

Oleh itu bijaklah menilai ..... wasalam.

haram tetap haram , tiada yg dpt menghalalkannya .


Assalamualaikum , guys . hehe . hari ini saya akan memberi cerita pendek tp berguna . 
Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama2 belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.
beberapa tahun berlalu, Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 4, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.
Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.
"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”
Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...
p/s : yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri ana sendiri terutamanya....wallahualam

Tuesday, 13 November 2012

susah sgt ckp dgn urg yg susah terima teguran kn ?

Di dunia ini memang tiada seorang pn yg sempurna . masing2 ada kelemahan dan kelebihan kn ? jdi kalau kita rasa diri sempurna sebenarnya kita cuma tnguk kelebihan kita seja tanpa tnguk kekurangan kita . bgitu juga bila kita merasa seseorang itu sempurna . fikir2 kn la .dan fahami dgn jelas maksud ayat2 di atas walaupun sering diucapkan . tiada guna juga kalau kita ingat ayat2 diatas tu tanpa memahami mksud sbenarnya kn ?
teguran merupakan satu nasihat yg disampaikan dari segi menegur . salahkah kita menegur seseorang tu ? tidakkah kita berfikir tujuannya menegur ? sebenarnya seseorang itu menegur kerna beberapa sebab . yang pertama dia mau urg yg ditegurnya itu mengubah dirinya kpd yg lebi baik . semua urg pasti akan berusaha memberi yg terbaik urg org lain terutama urg yg disyg kn ? jdi knp setiap teguran perlu fikir negatifnya seja ? mcm urg blg , tanggungjawab kita menasihati seseorang itu tp jika dia tidak menerima nasihat itu , dri dia seja kn yg penting kita sda tunaikan tanggungjawab kita . okey , berbalik kpd tajuk pertama kita . yg kedua , penegur pasti ingin menjaga maruah urg yg ditegur itu agar urg yg ditegur itu terhindar drpd malu , dikutuk , atau menjadi bahan bualan urg . urg Islam perlu menghindar drpd fitnah kn ? oleh itu, berfikir la dgn lebih bijak agar terhindar drpd sebarang fitnah . menghindar, mencegah lebih baik drpd merawat kn ? ohya, urg kurang sempurna tidak boleh ka menegur org lain ? ah, jgn fikir org sempurna seja bole menegur org lain okey .

Thursday, 8 November 2012

Hati Mau Baik

Apakah yg paling sensitif pada anak Adam ?
Mungkinkah kulitnya yg akan terluka jika dikasari ? atau mungkinkah deria penglihatannya yg cuma dilindungi oleh elopak mata yg nipis ? Ketahuilah, ia adalah hati. Hati yg juga dikenali sebagai raja di dlm kerajaan diri, tunjang utama dlm kehidupan . Menjadi rebutan diantara para malaikat dan syaitan, antara krbaikan dan kekufuran. Rasulullah SAW telah bersabda yg bermaksud :
             ''Di dlm tubuh anak Adam itu ada seketul daging, apabila daging itu baik maka baiklah seluruh anggota badan dan jika jahat, maka jahatlah seluruh badan. Ketahuilah itulah hati" Hadis riwayat Bukhari .
       Hati dlm bahasa Arab dipanggil qulbu. Hati mudah berlaku taqallub iaitu berbolak balik. Hati mudah berubah dari satu keadaan kepada keadaan lain. Dalam hati itu ada perasaan gembira, sedih, sayang, benci, marah, memaaf, bahkan keimanan dan kekufuran atau kemunafikan yg silih berganti.
  '' Dengan fitnah sama ada besar mahupun kecil, menjadikan hati terumbang ambing"
RASULULLAH SAW telah bersabda yg bermaksud :
  ''Fitrah2 dihadapkan kpd hati itu bagaikan tikar, helai demi helai. Ketika hati menerima dan menyerap fitnah, terdapat satu titik dihati . Jika hati menolak, terdapatlah satu titik putih. Keadaan boleh menjadikannya terbahagi kpd dua. Hati putih ibarat satu mulia d mana tiada satu fitnah pun mampu merosakkannya selama langit dan bumi masih ada. Hati hitam bagaikan mangkuk itu tidak pernah mengenali yg makruf (baik) dan tidak mengingkari kemungkaran kecuali sesuai dgn kehendak nafsunya." Hadis riwayat Muslim.
 Seseorang yg mempunyai hati yg putih, tidak akan mrmbuka hatinya kecuali kpd perkara2 yg baik. Jika fitnah, termasuklah perkara2 yg maksiat, zalim, subahat, dan lain2 yg berdosa, terus ditutup kemas pintu hatinya.
    Firman Allah SWT d dlm Al-Quran ada menyebut bahawa mutiara hati itu semuanya ada lapan. Berikut adalah untaian mutiara2 yg disebutkan tadi itu .

   *hati yg tenang
   *hati yg bersih
   *hati yg kembali
   *hati yg bergetar
   *hati yg dikuatkan
   *hati yg tunduk
   *hati yg kusyuk
   *hati yg lembut