Assalamualaikum , guys . hehe . hari ini saya akan memberi cerita pendek tp berguna .
Kisahnya
mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama2 belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan
Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya
keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba
tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut
kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.
beberapa tahun berlalu, Akhirnya, apabila Syafiq berada di
Tingkatan 4, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya,
Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang
mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka
berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple.
"COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah
tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq
pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa,
keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana
ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan,
perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh
qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.
Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq
ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang
bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada
tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?".
"No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi
alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way"
jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun
memulakan ceritanya.
"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat
Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan
aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi,
Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku
masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening
kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas
masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi
aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu
jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik
aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia.
Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu,
tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus.
Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang
ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde
leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas
tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz
tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!!
jom makan. Babi Islam nih.”
Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau
benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu
jelas...
p/s : yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon
untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri ana sendiri
terutamanya....wallahualam
No comments:
Post a Comment