Tuesday, 20 November 2012

couple adalah haram !!

Ibnu Taimiyyah Wrote :


1. couple adalah istilah di guna pakai kafir bagi menghalalkan hubungan antara lelaki dan wanita yang belum sah dengan akad nikah.

2. sabda nabi ' man tasyabbah biqaumin fahuwa minhum ' iaitu barangsiapa mencontohi satu kaum maka ia adalah kaum tersebut. Maka adakah kita perlu mencotohi tingkah laku jahiliyyah ini ?

3. percintaan adalah boleh dengan mengikut garis panduan yang di benarkan islam [ agak rumit nak di jelaskan ]

di dalam sebuah hadis masyur yang di riwayatkan oleh al-imam al-bukhari

كتب على ابن آدم نصيبه من الزنى . مدرك ذلك لا محالة . فالعينان زناهما النظر . والأذنان زناهما الاستماع . واللسان زناه الكلام . واليد زناها البطش . والرجل زناها الخطا . والقلب يهوى ويتمنى . ويصدق ذلك الفرج ويكذبه

Setiap anak Adam telah mendapatkan bahagian zina yang tidak akan boleh dielakkannya. Zina pada mata adalah melihat. Zina pada telinga adalah mendengar. Zina lidah adalah berucap kata. Zina tangan adalah meraba. Zina kaki adalah melangkah. (Dalam hal ini), hati yang mempunyai keinginan angan-angan, dan kemaluanlah yang membuktikan semua itu atau mengurungkannya” ( Hadis bernombor : 2657)

al-imam an-nawawi menjelaskan ayat ini di dalam syarahnya :


معنى الحديث أن ابن آدم قدر عليه نصيب من الزنا ، فمنهم من يكون زناه حقيقيا بإدخال الفرج في الفرج الحرام ، ومنهم من يكون زناه مجازا بالنظر الحرام أو الاستماع إلى الزنا وما يتعلق بتحصيله ، أو بالمس باليد بأن يمس أجنبية بيده ، أو يقبلها ، أو بالمشي بالرجل إلى الزنا ، أو النظر ، أو اللمس ، أو الحديث الحرام مع أجنبية ، ونحو ذلك ، أو بالفكر بالقلب . فكل هذه أنواع من الزنا المجازي ، والفرج يصدق ذلك كله أو يكذبه . معناه أنه قد يحقق الزنا بالفرج ، وقد لا يحققه بألا يولج الفرج في الفرج ، وإن قارب ذلك . والله أعلم .

Hadis ini bermaksud bahawa setiap anak Adam telah ditakdirkan untuk melakukan zina. Di antara mereka ada yang melakukan zina dengan maksud yang sebenarnya dengan memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan wanita secara haram. Di antara mereka ada yang zinanya secara majaz (kiasan), iaitu dengan melihat perkara-perkara yang haram, atau dengan mendengar sesuatu yang mengajak kepada perzinaan dan apa=apa sahaja yang berkaitan yang membawa kepada zina, atau dengan sentuhan tangan iaitu menyentuh wanita ajnabiyah (yang bukan mahram) dengan tangannya, atau menciumnya. Atau bergerak dengan kaki menuju ke tempat zina, melihat, menyentuh, atau berkata-kata dengan cara yang haram bersama dengan wanita ajnabiyah (yang bukan mahram), atau berangan-angan, atau berfikir tentangnya di dalam hati. Setiap hal tersebut merupakan daripada zina majazi/kiasan. Dan kemaluan yang akan merealisasikan atau mendustakannya, ia bermaksud zina yang sebenarnya dengan kemaluan boleh jadi berlaku, dan boleh jadi tidak berlaku walaupun dia telah menghampirinya. Wallahua'lam. (an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim)

Oleh itu bijaklah menilai ..... wasalam.

No comments:

Post a Comment